Web SKMR.edu.my
 
 
Akhbar Online

BeritaHarianUtusanBorneoPostSabahTimes

Suara KontemporariHarian
Metro OnlineBernama NewsNst Online

Sinar HarianSinar
Harian

 
 

 
 
 

 
 SK MELAYU RAYA JOHAN TERBUKA BOLA SEPAK BWH12 PONTIAN
kemaskini: 25 Februari 2013
 
Sekali lagi, SK Melayu Raya menempa nama dipersada sukan Daerah Pontian apabila berjaya merangkul Johan Pertandingan Bola Sepak Terbuka Pontian yang dianjurkan oleh SK Kampong Sawah pada 24 Februari lalu di Padang Awam Kampong Sawah. Pasukan SKMR yang menyertainya sebagai pasukan 'underdog' mencatatkan keputusan mengejutkan dengan  kejyaan sebagai juara kumpulan, seterusnya mengalahkan pasukan SK Kampong Sawah diperingkat separuh akhir dan memenangi perlawanan akhir dengan SK Seri Pulai.
 
Tahniah kepada para pemain yang menunjukkan semangat kesukanan yang hebat dan kepada jurulatih iaitu Cikgu Aznan Aziz, Cikgu Zulhakimie dan Cikgu Fairulizwan yang begitu komited.
 
 
 
 
 MESYUARAT AGUNG PIBG SKMR KALI KE-40
kemaskini: 23 Februari 2013
 
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Melayu Raya akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 pada 24 Februari 2013 (Ahad) bertempat di Dewan Utama SKMR.
Majlis ini akan dirasmikan oleh Penghulu Mukim Pontian, En Mohamad bin Ali.
 
 
 
 
 CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA TAHUN 2013
kemaskini: 06 Februari 2013
 
Selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM, SK Melayu Raya akan bercuti seperti butiran berikut:
 
                                                 10 Feb (Ahad)        Cuti Umum
                                                 11 Feb (Isnin)        Cuti Umum
                                                 12 Feb (Selasa)      Cuti Ganti
                                                 13 Feb (Rabu)        Cuti Peristiwa
                                                 14 Feb (Khamis)     Cuti Berganti
                                                 15 Feb (Jumaat)     Cuti Berganti
 
 
 
 
 SAMBUTAN MAULIDURASUL  TAHUN 2013 BERSAMAAN 1434 HIJRAH
kemaskini: 25 Januari 2013
 
PIBG SK Melayu Raya dengan kerjasama masyarakat kampung, sekolah kebangsaan & sekolah agama Melayu Raya akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidurasul 1434 hijrah pada 26&27januari bertempat di Masjid Jamek Kampung Melayu Raya.
 
 
 
 
 MAJLIS PENYERAHAN BAUCER PERSEKOLAHAN RM100
TAHUN 2013
kemaskini: 21 Januari 2013
 
Sekolah Kebangsaan Melayu Raya akan mengadakan Majlis Penyerahan Baucer Persekolahan RM100 bagi tahun 2013 seperti butiran berikut:
 
Tarikh : 23 Januari 2013
Tempat : Dewan Utama, SKMR
Masa : 10.30 pagi
 
Ibu/bapa/penjaga perlu membawa bersama salinan kad pengenalan (mengikut bilangan anak yang menerima baucer) untuk urusan pengambilan baucer.
 
 
 
 
 SURAT SIARAN CUTI GANTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA & DEEPAVALI TAHUN 2013
kemaskini: 14 Januari 2013
 
Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.1/2013:
Pindaan Tarikh Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2013
 
Sila klik DI SINI untuk muat turun surat siaran berkenaan.
Pegawai-pegawai Unit Perhubungan & Pendaftaran boleh dihubungi berkaitan maklumat ini:
1. Tn. Hj. Bakri Bin Mat Diah : 07-2311471
2. En. Rasali Bin Md Yassin : 07-2311473
3. En. Fuad Bin Sahil : 07-2311472
4. En. Hassim Bin Sudiman : 07-2311472


 
 DATA PENGLIBATAN MURID
DALAM PASUKAN BERUNIFORM, KELAB DAN PERSATUAN
kemaskini: 09 Januari 2013
 
Pengetua & Guru Besar, sekolah-sekolah daerah Pontian (UP: GPK Koko)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sila hantar borang sebelum 31 Januari 2013.
-Sila gunakan borang kebenaran ibu / bapa / penjaga dan borang deklarasi kesihatan apabila menyertai sebarang aktiviti kokurikulum. Terima kasih
 
Untuk muat turun bahan, sila klik di bawah ;
 
 
 
 HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2013
kemaskini: 02 Januari 2013
 
Seramai 47 murid Tahun 1 memulakan persekolahan di hari pertama pada tahun 2013. Suasana ceria meliputi suasana hari pertama persekolahan setelah lebih sebulan bercuti pada kahir tahun 2012. Turut hadir sama sebilangan ibubapa untuk meberi semangat kepda anak-anak yang baru memulakan alam persekolahan. SKMR juga dikunjungi oleh En Othman bin Isnin, salah seorang pegawai dari PPD sebagai bapa angkat SKMR menatau perjalanan hari pertama persekolahan. Tidak ketinggalan En Azhari, Pegawai PKG Pekan Nanas turut hadir memantau kesediaan ICT sekolah.
 

 
TUAN HAJI ARIS BIN ABDUL KADIR
(GURU BESAR)
 
 
 
     



Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, 81500 Pekan Nanas, Pontian, Johor.
Tel/Fax:07-6992907 (Pej & Admin)
 
| Paparan Terbaik 1024 X 768 Pixel | Mozilla Firefox |
Penafian: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam web ini
 
Copyright © 2012
Unit ICT Sekolah Kebangsaan Melayu Raya™